11 Februari 2013 - 17:39

Revolusi Islam Iran dikagumi sebagai penubuhan kerajaan berasaskan al-Qur'an dan menjadi contoh pergerakan bagi negara-negara Islam yang lain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama Syiah memuji prestasi pencapaian Revolusi Islam dalam berbagai arena di peringkat dalam dan luar negara disamping memainkan peranannya dalam menyatukan umat Islam (Taqrib).

Ayatullah Mohammad Ali Taskhiri berkata demikian ketika berucap dalam demonstrasi ulangtahun Revolusi Islam Iran ke-34.

Tambah beliau lagi, "Menurut fakta Revolusi Islam Iran dikenal sebagai ikrar kesedaran bagi menubuhkan kerajaan al-Qur'an dan menjadi model untuk pergerakan-pergerakan revolusi negara-negara Islam yang lain."

Ayatullah Taskhiri menegaskan, "Mesej Revolusi Islam di Iran menjanjikan masa depan yang cerah untuk seluruh umat dan kita adalah saksi pencapaian besar revolusi ini di seluruh dunia."

Ayatullah Taskhiri menambah, "Tidak diragukan lagi bahawa perpaduan dan taqrib merupakan mesej utama Revolusi Islam Iran, dan kita turut menjadi saksi perpaduan di kalangan umat yang berbagai mazhab dan puak."

"Sepanjang 34 tahun lalu, musuh Revolusi Islam berputus harapan dalam usaha melemahkan tonggak Revolusi Islam. Namun dengan kerjasama yang meluas di kalangan rakyat maka komplot mereka telah menemui kegagalan," ujar beliau.

Penasihat kanan Pemimpin Tertinggi Iran ini berkata, pihak musuh dijangka akan menemui banyak lagi kegagalan dan mereka perlu tahu bahawa ilham revolusi ini akan memusnahkan semua keangkuhan mereka. Selain itu pendominasian Islam bakal menjadi realiti.